Infaq, Program Amal

Penyerahan Infaq Jariah Pembinaan Masjid Al Hasan, Kg Berhala Gantang, Temerloh Pahang


Assalamualaikum wbt.

Kepada Semua Ahli Pengajian Lestari Ummah & Para Penginfaq Yang Dirahmati Allah…

Syukur Alhamdulillah, dengan berkat sokongan dan kerjasama padu daripada jamaah pengajian Lestari Ummah @ YBIM serta penyumbang dan penginfaq yang tulus ikhlas. Pihak pengurusan Lestari Ummah Malaysia telah sempurna menyerahkan keseluruhan infaq pembinaan Masjid Al Hasan, Kg Berhala Gantang , Temerloh pada 3/8/20/5 ( Ahad ) @ 11.30 pagi di tapak pembinaan masjid.

Majlis Penyerahan infaq ini disempurnakan sendiri oleh Ust Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat ( Pengerusi Lestari Ummah ) bersama Datin Seri Hjh Siti Fatimah Bt Ahmad ( Bendahari Lestari Ummah ) secara langsung kepada Pengerusi Masjid Al Hassan ( Al Ust Hirman ) dan disaksikan oleh Imam Masjid Al Hasan ( Al Ustaz Abd Wahid ).

Alhamdulillah, jumlah keseluruhan infaq yang telah diserahkan adalah sebanyak RM500,000.00 ( setengah juta secara transfer ) dan tunai sebanyak RM21,000.00 menjadikan total sumbangan adalah sebanyak *RM521,000.00 ( Lima Ratus Dua Puluh Satu Ribu Ringgit )*

Pihak Pertubuhan Lestari Pembangunan Ummah Malaysia mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan padu semua jamaah pengajian dan para penginfaq yang budiman sehingga kita berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan.

Semoga Allah menerima infaq jariah kita menjadi asbab keampunan Allah dan pahala berterusan hingga ke hari kiamat. Aamiin 🤲🏻

Memburu Maghfirah, Meraih Mardhatillah

Daripada,
Ust Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat
Pengerusi
Pertubuhan Lestari Pembangunan Ummah Malaysia

Infaq, Program Amal

Program Modal Insan (2017 – 2019)

Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) komited membangunkan potensi insan melalui pelbagai program latihan dan bimbingan yang memberi kesan langsung kepada pembangunan diri, kerjaya dan komuniti. Antara program yang telah dijalankan termasuk Kem Pendekar, Kem Sosial Media FbAds, dan Program Transformasi Budaya Kerja Cemerlang yang memberi penekanan kepada disiplin, kepimpinan serta kemahiran digital.Selain itu, pelbagai kursus seperti Kursus Keterampilan Diri, Kursus Bimbingan Kerjaya, dan Kursus Bahasa Inggeris & Mandarin turut dilaksanakan bagi meningkatkan keyakinan dan keupayaan peserta dalam dunia pekerjaan moden.Melalui Kem Motivasi Remaja, Kem Cuti Sekolah, serta Program Keusahawanan Ibu Tunggal dan B40, YBIM terus memainkan peranan aktif dalam membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih berdikari, berilmu dan seimbang.