Merupakan Pengasas dan Pemegang Amanah Utama YBIM. Beliau berkelulusan Ijazah dalam Kejuruteraan (Pengkhususan dalam Elektrikal, Elektronik & Robotik) dari Sheffield Harlem University, England (1989). Berpengalaman bekerja dalam syarikat Jepun selama lebih 10 tahun dan sekarang adalah seorang usahawan dalam Industri Pembinaan dan Perniagaan Makanan.
Bermula dari latarbelakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sentiasa bersemangat ingin membantu mencurahkan bakti kepada masyarakat, beliau terlibat secara aktif dalam kerja-kerja sosial dan aktiviti amal di kawasan kejiranannya dan sekitar Lembah Klang.