Mengenai Organisasi Kami

Datin Seri SITI FATIMAH BINTI AHMAD

Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) diterajui oleh Datin Seri Siti Fatimah binti Ahmad, seorang usahawan dan aktivis masyarakat yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan, dakwah, serta pengurusan organisasi. Beliau merupakan Pengarah Firema Enterprise sejak tahun 2006 sehingga kini, selain aktif memegang pelbagai jawatan dalam pertubuhan dan persatuan komuniti.

Antara sumbangan beliau termasuk sebagai Bendahari Pertubuhan Lestari Pembangunan Ummah Malaysia, Penasihat KAFA Al-Irsyad, serta pernah berperanan sebagai ketua muslimat, ahli biro dakwah, dan bendahari persatuan penduduk. Pengalaman lebih 15 tahun dalam kepimpinan masyarakat membuktikan komitmen beliau dalam memperkukuhkan pembangunan insan, memperkasakan pendidikan agama, dan menggerakkan aktiviti kebajikan ummah.

Dengan latar belakang yang kukuh, YBIM berpegang kepada nilai amanah, integriti, dan keberkatan dalam setiap usaha untuk membina masyarakat yang sejahtera di dunia dan akhirat.